Assalamualaikum...Kalau ada je ikan cencaru biasanye Arisa lebih suka masak terutup selain dibakar. Ini pun salah satu resepi ibu mertua yang diturunkan pada Arisa. Sejak berkahwin ibu mertua banyak bagi resepi, ilmu dan tips untuk memasak lauk pauk untuk keluarga. Insyaallah Arisa akan teruskan memasak setiap resepi yang diajar untuk anak dan cucu-cucunya. Untuk resepi yang ala-ala cam masak sambal ni Arisa suka letakkan bawang besar yang dipotong empat kerana suami amat sukakannya. Kalau dia tak jumpa bawang potong dalam terutup ni mesti dia tanya " tak letak bawang potong ke?" Jadi Arisa akan letak letak lebih. Tapi terpulangla ye. Ikut suka masing-masing.
CENCARU MASAK TERUTUP
Bahan-bahan :
3 ekor ikan cencaru (bole dipotong dua ataupun tidak)
2 labu bawang besar (belah empat)
2 batang serai (diketuk)
gula melaka
garam
perahan air asam jawa
minyak masak
Bahan kisar :
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit
belacan
cili kering
Cara-cara:
1. Sapukan serbuk kunyit dan garam pada ikan dan goreng agak separuh masak. Ketepikan.
2. Gunakan kuali yang same panaskan minyak dan masukkan serai yang diketuk.
3. Tumis bahan kisar dengan minyak masak sehingga garing. Pastikan betul-betul garing ye.
4. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi beserta potongan bawang besar.
5. Apabila sambal mendidih tambahkan perahan air asam jawa dan perasakan dengan garam.
6. Akhir sekali masukkan gula melaka agak-agak jangan sampai terlalu manis. Hanya nak bagi rasa lemak dan sambal nampak berkilat.
No comments:
Post a Comment